Osman Botak

Osman Botak atau nama sebenarnya Osman bin Mohd Amin(1922 – 1981) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau dikenali setelah membintangi filem 6 Jahanam arahan P. Ramlee.Osman Botak telah memulakan kerjaya lakonannya sebagai pelakon tambahan pada tahun 1959 menerusi filem Musang Berjanggut arahan P. Ramlee. Kemudian beliau diberi watak agak penting dalam filem Samseng arahan Ramon A. Estella. Sebelum beliau terlebih dahulu menyertai kumpulan muzik bersama Osman Ahmad dan Yusof B sebagai pemain trumpet.Sekitar tahun 1960-an Osman Botak merupakan ketua kumpulan samseng Melayu di sekitar kawasan Chow Kit dan Kampung Baru, disamping menjadi pelakon pembantu di Studio Merdeka. Apabila P. Ramlee berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1964, beliau telah mempelawa Osman Botak untuk berlakon dalam filem arahannya. Osman Botak juga pernah ketua keselamatan di Pawagam P. Ramlee di awal pembukaannya.Antara filem lakonan Osman Botak ketika di Singapura seperti Musang Berjanggut, Raja Laksamana Bentan dan Dandan Setia. Di Studio Merdeka, Kuala Lumpur, Osman Botak terlibat seperti dalam filem seperti Kanchan Tirana, Jangan Tinggal Daku, Penyamun Si Bongkok, 6 Jahanam, Laksamana Do Re Mi dan beberapa lagi buah filem.Senarai filem lakonan beliau adalah:Sumber: Majalah FilemKenangan Abadi P. Ramlee - Ramli IsmailTemubual bersama Ramli Ismail pada 1998